Break Fasting with X-eNC @ Planet Hollywood

The Plate

The Plate

5.30 pm : bertolak dr rumah
6.00 pm : sampai di bukit bintang. park kereta @ Lot 10. Sabtu/Ahad sekali masuk RM7. Pusing-pusing Lot10 yg dah lama dilupakan
6.45 pm :check-in Planet Hollywood reservation for 15 pax. Orang ramai dah mula memenuhi ruang atas Planet. Dapat meja kat tingkat bawah tanah.
7.00 pm : sumer korum telah berkumpul dengan anak masing2 (yg dah kawen la). Ramai2 menyibukkan diri untuk berebut makanan.
7.11 pm : alhamdulillah boleh mula menjamah makanan berbuka cara yg ‘lagha’ dengan diiringi lagu band Hujan – Pagi Yang Gelap. Tak ketinggalan jelingan manja kepada awek2 yg turut sama memeriahkan acara berbuka puasa @ Planet Hollywood.
9.30 pm : sesi bergambar dan bersurai. Thanks all

rusuk kambing

dermis sedang merabak rusuk kambing

Pros:
1. Makanan quite good. Sedap
2. Tempat happening
3. Ramai awek ‘cara-cara’ hehe
4. Makanan x habis-habis
5. Waiter’s yg mencolok mata

Cons:
1. Jauh dgn surau. Bleh solat kt tingkat 5 Lot10
2. Ramai awek (kurus puasa)
3. Waiter’s seksi (kurus lagi puasa)
4. Pilihan makanan xde la byk sgt. Tp ok la.

sbhg korum

sebahagian korum yg menyertai sesi bergambar

night di ibu kota

night di ibu kota

yang lama itu di hargai

alhamdulillah, minggu dengan azam seutuh klcc aku bangun pagi utk ke rumah lama ku di bandar tasik selatan untuk menuntut dan menghidupkan kembali barangan lama ku yg dikenali sebagai honda ex5 kaler hitam luntur dengan ‘eber’ putih reput serta seat rabak belakang nampak span yg menyerap air jika didedah kepada air namun begitu jangan sesekali pandang enteng dah sebelah mata dengan keupayaan karburetor RS yg dijadikan jantung mekanikal untuk memacu kelajuan dan kuasa kuda motor honda ku itu.
ok untuk nampak lebih selesa dan bernilai kata ganti nama Honda akan di gunakan bagi mewakili jentera lama ku ini.

Sampai di flat lama, tanpa menghiraukan tanggapan dan tomahan awek2 yg sedang bersidai membuang masa dan pahala puasa mereka, aku terus mendekati honda aku dan mengepam tangan kedua-dua tayar yg sudah kempis. Kemudian dengan bantuan rakan, kami bergotong royong menyapu dan menghalau binatang2 kecil yg dikenali sebagai labah-labah yg menjadi PATI sementara corong2 kerangka honda aku.

Setelah dirasakan rupa paras honda aku tu layak untuk berkongsi jalanraya dengan pembayar-pembayar cukai jalan yg lain, aku cuba untuk menghidupkan honda aku. Beberapa cubaan telah dilakukan sehingga membuatkan peluh-peluh jantan aku mulai keluar dr liang-liang peluh, Cis baru kusedari, bateri motor ku pula menjadi mangsa kerakusan tangan2 si vandelisme. Tanpa menghamburkan sebarang cacian dan makian kerana bulan puasa yg mulia aku gagahi dengan menolak honda aku tu menaiki dan menuruni bukut sg besi.

Sampai di kedai motor honda. Tokey kedai tgk honda aku dengan pandangan konpius. Mungkin dia igt honda curi la nih.Tp xper aku dah redi dengan roadtax dan bukti2 lain. Tik tok tik..pasang bateri, tukar plug..sekali start..vroommm…derungan yg telah lama aku rindui kedengaran kembali..yeayy…akhir nya kembali menderum hondaku ini. Bayar tokey RM53 (mahal la harga hari ahad).

Dengan muka yg masih tersenyum manis aku memacu honda aku ke rumah barunya di puncak jalil. Welcome home sayang..hahahaha

p/s: bersemangat aku nak g terawikh lepas ni dah ada motor nih..hehehe

Hidup Ini Indah

Untuk post kali ni aku nak kongsi dan mengajak bala dewa sekalian utk sama-sama menghayati dan memahami maksud tersirat lagu dewa yg diberi tajuk HIDUP INI INDAH. Bukan bermaksud aku taksub mahupun takjub, sekadar utk dipikirkan masa tengah jem di dalam kenderaan.

Matahari menyinari seisi bumi seperti engkau
Menyinari roh didalam jasadku ini
Selamanya seperti hujan
Kau basahi jiwa yang kering

Maksudnya:
syair lagu ini dari doa,
“ALLAAHUMMA NAWWIR QULUUBANAA BINUURI HIDAYATIKA KAMAA NAWWARTAL ARDHLO BI NUURI SYAMTIKA ABADAN ABADAN ABADAN BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROHIMIIN”.

* Dhani mengingatkan penggemarnya agar selalu bersyukur kpd TUHAN setiap saat, karena Dhani mengetahui dalam ALQURAN sangat sedikit sekali umat yg bersyukur.

Reff:
Hidup ini indah bila ku selalu
Ada disisimu setiap waktu
Hingga aku hembuskan nafas yang terakhir
Dan kita pun bertemu

Kau bagai udara yang kuhirup
Disetiap masa engkaulah darah
Yang mengalir dalam nadiku

Kembali ke: Reff

Maafkanlah s’lalu… salahku…
Karna kau memang pemaaf
Dan aku hanya manusia

Reff:
Hidup ini indah bila ku selalu
Ada disisimu setiap waktu
Hingga aku hembuskan nafas yang terakhir
Dan kita pun bertemu
Hanya kau dan aku dalam awal dan akhir

Dan Ingatlah ketika Tuhanmu memberitahukan, jika kamu bersyukur, niscaya aku benar-benar akan menambahkan nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-nikmat-Ku, sungguh azab-Ku sangat pedih”. (QS.Ibrahim,14:7)

lihat betapa mendalamnye apresiasi seni yg ditunjukkan. mana mungkin hasil nya dapat disaingi oleh longgokan band-band negarawi kita