Tagged

aku dah di tagged oleh ruby, so time aku free ni..aku layankan ajerr hee

The Rules ;

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


7 facts about me (yg korang xpernah tau langsung)

1. Ramai org cakap aku ni org kelantan. Tapi hakikatnya aku ni lahir kat terengganu, IC 11. Sampaikan aku sendiri pon konpius nak ngaku org kelantan @ terengganu. Hurm, konklusinya aku di lahirkan di terengganu, dibesarkan di kelantan, dididik di pahang = so aku org pantai timur.

2. Dalam lapangan seni, aku hanya ada sedikit bakat dalam bidang lukisan dan tidak ada bakat terpendam lakuran langsung dalam bidang seni Muzik dan seni Sastera. Zaman sekolah aku suke sgt melukis termasuk di dinding tandas dan tepi-tepi lokar asrama.. Sampai ada budak2 sekolah aku panggil aku ‘art-boy’ dan lukisan aku pernah dibeli oleh cikgu lukisan aku sendiri. Dalam bab mewarna, aku suke menggunakan warna air (Buncho kalo korang masih igt) dan berus lukisan cina. Tapi tu sumer zaman muda2 dulu..skang zaman dah tua nih ilmu melukis aku dah sampai tahap maharaja kaio dewa dah. Skang ni aku hanya boleh melukis semasa tido, dan lukisanku hanya berkisar kepada ‘objek-objek abstrak’ dan ‘peta-peta dunia’ hehe

3. Paling aku benci org ‘tiru’ aku. Tak kisah la tiru dressing ker, tiru lukisan ker, tiru ‘trademark’ aku ker, tiru ringtone aku ker dan tiru-tiru identiti aku yg lain. Kalo korang nak tiru-tiru pon, ubah-ubah la skit. Biar ada identiti sendiri skit yer….Ingat, ‘Pencarian identiti adalah pencarian seumur hidup’ dan ‘ciptalah identiti sendiri’

4. Walaupon aku suke melukis, tp sebenarnya aku ni rabun warna. Aku hanya kenal beberapa warna asas jer. So kalo aku tersalah puji warna baju korang ker, korang abaikan jelah erk. Tp yg aku puji tu jgn abaikan lak, abaikan yg bab kaler tu jer hehhe

5. Sebenarnya aku x suker dengan kerja gomen aku skang. Walaupon dah setahun lebih dah aku menjawat jawatan pencacai nih. Tp dalam aku ber ‘istiqarah’ dan inilah jalan yg ditunjukkan, so aku amik positif dan cuba yang terbaik utk terus survive dan memberikan khidmat. ecewahh

6. Suatu ketika dahulu, aku ni seorang yg ‘bekeng’ @ garang. Sejak aku tadika lagi aku dah pernah kena gantung tadika seminggu sebab bergaduh semasa jamuan hari raya tadika hehe. Then masuk sekolah rendah, hari kedua aku kat sekolah baru kat kuantan, aku dah lempang kawan-baik-to-be aku sampai tercabut seketul gigi dia. Dia ngn aku sesama panik sebab tgk byk darah hahah..tapi lepas tu dialah yg jadik kawan baik aku sampai grad darjah 6. Then masuk boarding school aku cuba x jadi pemarah (walaupun sempat gak aku sepak budak form5 dikala aku masa tu baru form1) sampai la skang aku dah malas nak marah2 sgt nih. (yeke x aku x tau la hehe)

7. Fact yang ke7 dan yang paling aku x puas hati sebab sumer org x caya. AKU NI MASIH SINGLE DAN TERUNA weis, tooollooooonnnggggggg la cayeeeeeee..pleaseeeeeeeeeeeeeeee…hehehe

alamak aku x tau nak tag saper lg..nnt la aku update balik saper aku nak tag hehe